Selasa, April 09, 2013

APA PAS BUAT SEMUA BETUL-APA BN BUAT SEMUA SALAH

Orang tua-tua selalu pesan kalau kita nak kahwin kita kena kenal pasti siapa pasangan kita. Anak siapa, asal usul, susur galur keturunan dan sebagainya. Sebabnya kita nak cari pasangan mestilah dari keturunan orang baik-baik. Jika kita pilih pasangan dengan orang yang asal usulnya atau keturunan keluarganya huru hara, maka kita pun akan dapat keluarga yang huru hara.




Begitu juga dengan orang yang nak beli kereta. Kalau dia nak beli kereta baru dia akan cari kereta yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang mengeluarkan kereta yang bagus,syarikatnya stabil, nilai kereta tidak jatuh serta mudah untuk cari alat ganti. Sebabnya dia tidak mahu susah kemudian hari.


Kalau dia nak beli kereta terpakai pula , maka dia akan periksa pula berapa usia kereta itu, siapa tuannya, ada kemalangan atau tidak, ada rosak atau tidak dan sebagainya.


Apa sahaja yang kita nak buat kita kena periksa asal usul dan sebagainya supaya kita tidak tertipu. Benda atau perkara yang berasal dari asal usul yang tidak baik maka sampai bila-bila pun ianya akan jadi tidak baik.


Begitu jugalah dengan parti Pas....



Asal-usul tertubuhnya Pas kerana kekecewaan, marah dan dendam seorang pemimpin Umno yang tewas merebut jawatan Yang Dipertua Umno di tangan Tunku Abdul Rahman. Dia lari ke Perak dan tubuh parti yang berasaskan agama untuk menarik sokongan orang melayu. Mereka nak pakai nama melayu tak boleh kerana Umno dah pakai. Mereka guna nama islam kerana katanya islam lebih tinggi dari melayu.


Orang putih yang menjajah Malaya pada waktu itu jadi tukang cucuk untuk mereka menubuhkan parti baru supaya melayu berpecah belah. Apabila melayu berpecah belah mereka boleh melengah-lengahkan pemberian kemerdekaan kepada Malaya yang sedang dituntut Umno, dan mereka dapat kaut lagi hasil bijih timah serta hasil-hasil bumi lain di negara ini.


Dengan sokongan orang putih maka lahirlah Pan Malaya Islamic Party yang kini namanya Pas. Kelulusan penubuhannya ditandatangan oleh pegawai pendaftar pertubuhan berbangsa india yang bekerja dengan orang putih, Nadarajah.


Yang luluskan parti tersebut orang india. Hari ini mereka meletak parti mereka setaraf dengan agama islam. Sedangkan islam itu adalah wahyu yang diturunkan Allah. Parti islam pula diluluskan oleh orang india. Yang ini yang orang Pas bodoh tak faham-faham sampai hari ini. Mereka tak pandai bezakan yang mana agama dan yang mana parti.


Pan Malaya Islamic Party pada masa itu menggunakan lambang bulan bintang. Tidak berapa lama kemudian lambang itu diharamkan kerana mendapat tentangan orang-orang islam. Mereka diminta menukar lambang lain. Ketika itu juga mereka akan bertanding dalam satu pilihan raya kecil di Kelantan. Mereka diminta mendaftar lambang baru sebelum jam 10 pagi pada satu tarikh yang ditetapkan. Jika gagal mereka tidak boleh bertanding.


Esoknya tempoh yang diberikan untuk mereka mendaftar lambang baru akan tamat. Malam sebelumnya mereka mengadakan satu mesyuarat di rumah salah seorang pemimpin mereka. Semasa mesyuarat mereka dihidangkan kopi o dan satu tin besar biskut tawar.


Mesyuarat punya mesyuarat sampai ke tengah malam mereka masih gagal menyediakan lambang. Tiba-tiba seorang ahli mesyuarat bersuara, "kita ni mesyuarat selepas isyak, sekarang dah nak subuh, lambang tak siap-siap lagi, esok pagi nak daftar".


Salah seorang ahli mesyuarat yang berada berhampiran dengan tin biskut telah mengambil tudung tin biskut tersebut dan letak atas kertas, lalu membuat bulatan ikut bulatan tudung tin biskut itu. Dia pun bersuara, "nah ini lambangnya" . Hari sudah menghampiri subuh, tiada pilihan lain lagi. Yang itu kata setuju, yang ini kata setuju, maka semua setuju. Maka lahirlah lambang Pas dari tudung tin biskut pada malam tersebut dan kekal sehingga kini. Hari ini dia kelentong orang kononnya lambang mereka bulan mengambang. Padahal lambang dari tudung tin biskut tawar.


Ini bukan cerita lawak atau main-main. Ini kisah benar. Kalau tanya Nik Aziz dia tak akan mengaku punya. Dia pun belum Pas lagi waktu itu.

HUSAM MUSA CALON PAS DI PUTRAJAYA - HADI AWANG

Calon Ahli Parlimen Putrajaya PRU13

Presiden PAS, Hadi Awang telah mengesahkan Husam Musa sebagai calon lawan BN di Putrajaya. Kerusi Parlimen di Putrajaya sebelum ini adalah milik Dato Seri Adnan Yaakob.Adakah Dato Seri Adnan Yaakob akan kekal di kerusi Parlimen ini?

Putrajaya adalah kubu kuat UMNo sebelum ini.Tetapi semenjak dua menjak ini ada kelihatan bendera di Putrajaya, tapi tak lama, sekejap sahaja terus tidak ada. Putrajaya adalah tempat berkumpulnya penjawat awam yang bekerja dengan kerajaan di semua kementerian di sana. Namun, UMNO sememangnya perlu berhati-hati kerana sudah ada bibit-bibit yang menunjukkan sokongan kepada puak Pakatan Rakyat.

Mana tidaknya, kalau kereta sendiri di parking di Jabatan atau Kementerian tertera logo'R' dan kadang-kadang sticker Nik Aziz juga sticker Hadi Awang di kereta.Namun, di atas beberapa bacaan, MW yakin Husam Musa akan mendapat undi, tetapi beliau tidak akan menang.

Orang-orang atau pengundi Putrajaya harus sedar mana letak duduknya mereka dan bersyukur serta berterima kasih kepada kerajaan. Kalau ada pun isu di Putrajaya itu hanya satu, iaitu sangat susah nak masuk kuarters. Sampaikan beribu-beribu quoeu senarai nama. Lain-lain hal tiada masalah bagi penduduk dan pengundi putrajaya yang di lihat sebagai satu kawasan yang sangat harmoni dan jauh dari kesibukan

Pesan MW kepada Husam, jangan mencari pasal.Nanti anda yang rugi

ALLAH MERAHMATI MALAYSIA

ADAM ADLI KECEWA TIDAK DICALONKAN DALAM PRU-13?

jangan sedih sedih....

KENAPA ADAM ADLI KECEWA?

MW AKAN CERITAKAN NANTI

ALLAH MERAHMATI MALAYSIA

SITI NURHALIZA BAKAL CALON PRU-13???


 ADAKAH SITI AKAN BERTANDING UNTUK PRU-13??


cantik molek bila bertudung
Dato Siti Nurhaliza isteri kepada Datuk K juga seorang penyanyi tersohor tanahair kini dilihat sudah mula bertudung. Alhamdulillah, pintu hati beliau sudah terbuka dan sama-sama kita doakan orang lain untuk sama-sama mengikut jejak langkah beliau.Adakah apabila beliau bertudung beliau akan memulakan karier politik beliau dan menyandang status ustazah??sepertimana rakan-rakan artisnya yang lain. Atau mungkin Siti akan menjadi salah seorang calon dalam PRU 13 ini?Pun tidak mustahil.Tetapi apa yang nak MW sampaikan di sini, Siti cukup terkenal dengan sikap dan sifat yang baik walaupun sepanjang beliau bergelar penyanyi bermula era 90-an sehingga kini dan ketika beliau belum bertudung. Siti menarik minat dan menjadi kegilaan anak-anak gadis ,anak-anak muda malah pakcik-makcik dan selalu dinobatkan sebagai Penyanyi Paling Popular serta Bintang Paling popular sebelum ini sehingga beliau menarik diri dari sebarang pertandingan berasaskan undian tersebut.

MW juga melihat ramai rakan artis beliau yang bertudung (tidak semua) tapi terus melompat dan masuk politik pakatan pembangkang. Dan dalam masa sama terus boleh bercakap tentang agama,islam,hukum dan setaraf dengan ustazah-ustazah lain di luar sana. Gelaran Ustazah ini mungkin diberikan oleh masyrakat luar walaupun bukan oleh mana-mana institusi, akan tetapi MW melihat kenapa ia berlaku dan terjadi sebegini??Adakah dengan anda bertudung, maka anda bercakap seolah-olah anda seorang yang tinggi ilmu agamanya.MW tidak menidakkan bahawa bercakap tentang soal mengajak orang untuk membuat kebaikan itu salah, mengajak orang ramai ke arah Islam itu salah, tetapi terlalu taksub dan kadang-kadang menjatuhkan hukum kepada orang lain pula. ISHk

Abby begitu lantang di dalam mana-mana ceramah PR

Sebelum mereka bertudung, ya mereka agak popular dengan nyanyian, lakonan, watak-watak seksi, dan gosip-gosip yang melanda mereka. Apakah mereka ini punyai dosa silam yang tidak diketahui umum?Lantas untuk cara dekat kepada ALLAh dan ISLAM adalah dengan cara join politik PAS??tak betul MW rasakan besgitu. Parti PAS itu bukan AGAMA, ISLAM itu AGAMA. Dengan mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, mereka menjatuhkan dan memburukkan rakan-rakan mereka sebelum ini.Terfikir MW, ada orang politik, USTAZAH-USTAZAH PAS atau UMNO memburukkan kalian juga ke dulu?

Atau kenapa mereka bersama-sama dalam parti pembangkang ini adalah untuk populariti juga?Risau populariti jatuh bila bertudung, maka dengan berpolitik, mereka kekal popular dan menjadi sebutan malah kegilaan orang terutama ustaz-ustaz??

Aisyah bakal bertanding di Jempol, Negeri Sembilan

Mungkin juga bayaran yang diberikan kepada mereka ini begitu tinggi untuk satu-satu ceramah dan ini adalah hasil pendapatan untuk hidup mereka?Jangan lari dari tujuan, niat asal kalian. Apa niat dan tujuan semuanya jadi begini?Salah satu sebab mungkin juga adalah kerana KECEWA?Kecewa ini sangat luas dan besar. Kecewa sepertimana orang UMNO masuk ke PR dan orang PR keluar PR. Kecewa dengan kehidupan sebelum ini dan cara terbaik untuk insaf ialah dengan berpolitik?
Dayangku Intan cukup terkenal dengan keseksiannya suatu ketika dahulu,Alhamdulillah sekarang

Ikon-ikon mereka ini sebenarnya amat diperlukan di dalam Politik PR kini kerana mereka boleh menarik undi peminat mereka sendiri dan orang ramai suka bila artis yang bercakap. Mudah kata, orang dengar apa artis cakap. Tapi, kaji dan nilai dahulu siapa mereka sebelum ini. Apa tujuan mereka dan di mana letak duduknya seorang yang baru mula bertudung dan terus boleh berceramah agama, kuliah serta berforum agama? Mudahnya Islam bukan saja terletak pada tudung sahaja untuk terus menjadikannya ustazah.

Diana Amir, giat berforum dan ceramah.Anak muda suka beliau, tapi dulu?

Maka tidak mustahil juga, Siti akan bertanding bagi merebut mana-mana kerusi dalam PRU13 kali ini! Kalau betul Siti bertanding, mungkin mewakili BN, maka insyallah beliau akan menang besar. Mungkin beliau tidak join PR kerana merasakan ilmu agamanya tidak tinggi. Tapi sama-sama kita doakan semua yang sudah mula bertudung ini tahu dan faham apa niat mereka bertudung dan kekalkanlah sehingga akhir hayat. 

Farah Ayikin meletup suatu ketika dahulu


#MW bukanlah ustaz


ALLAH MERAHMATI MALAYSIA

Isnin, April 08, 2013

APA LAGI NIK AZIZ??

Hari ini jika dibaca Sinar Harian muka surat 2,sekali lagi Nik Aziz mengecam dan menuduh UMNO selepas kontroversi dakwaan solat orang UMNO tidak mendapat pahala beberapa hari lepas.MW agak keliru apabila sekali lagi beliau mengatakan ASAL TOLAK ISLAM TIDAK DAPAT PAHALA.

Nik Aziz juga mengatakan bahawa jika Rasulullah SAW hidup kembali ,UMNO juga akan menentang Rasulullah SAW.Subhanallah sampai begitu sekali kenyataan beliau.Tambah beliau lagi "nak islam macamana dia (BN) tolak Islam.Dia buat masjid bukan kerana islam..dia nak kontraktor (projek) je. Di Kelantan ni nak kata banyak projek Kerajaan Pusat,bangunan sekolah,hospital..semua pusat buat tetapi satu pun tidak diberitahu harga sebenar.

MW Mohon rakyat menilai seorang Tok Guru berkata demikian demi menghalalkan perjuangan partinya.UMNO dikata menolak Islam,menolak islam bagaimana?sedangkan pemimpin kita di Malaysia adalah tunjangnya orang Islam.Sehinggakan kebaikan yang dibuat kerajaan BN dikatakan hanya untuk mendapatkan projek.Subhanallah.....
Sedarlah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

ALLAH MERAHMATI MALAYSIA.

INI BUKAN FITNAH-INI BUKTI!!!!





VS









Manifesto BN PRU-13 Terbaik Dalam Sejarah

Perdana Menteri telah pun melancarkan Manifesto Barisan Nasional bagi Pilihanraya Umum ke 13 semalam yang bertemakan ‘Menepati Janji, Membawa Harapan’. Ianya disambut baik oleh semua golongan yang jelas semakin yakin dengan kerajaan.


Pada tahun 1995, manifesto BN berbunyi Berwawasan, Adil dan Efisien. 1999 pula berbunyi Malaysia Bebas, Sepadu dan Maju, 2004 - Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dan 2008 – Selamat, Aman dan Makmur. Kesemuanya dirangka sebaik mungkin bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.


Walaubagaimanapun, manifesto 2013 ini diangkat sebagai yang terbaik dalam sejarah oleh sesetengah pemerhati politik kerana sifatnya yang lengkap, padat dan yang paling penting, berasaskan senario kehidupan sebenar rakyat serta perkembangan dunia.


Manifesto BN kali ini dikatakan berpijak di bumi nyata atau realistik, namun di masa yang sama memberi keyakinan dan keazaman kepada rakyat untuk sama-sama berdiri di belakang BN dalam usaha kita membina sebuah negara yang lebih baik. Tema ini juga dilihat sebagai gambaran keikhlasan kepimpinan, bersifat yakin tetapi merendah diri, tekad berusaha namun tetap berserah kepadaNya.


Ini kerana, realitinya, dunia telah berubah bukan sahaja dari segi landskap tetapi juga dari segi politik. Jika dahulu kita hanya bercakap tentang dunia tanpa sempadan tetapi hari ini kita telah terpaksa berdahapan dengan kesan dari kesamaran sempadan itu. Segalanya bukan lagi rahsia dan semuanya boleh didapati di hujung jari. Malah, jatuh bangun sesebuah negara kini tidak lagi bergantung kepada rakyat dan kerajaannya semata-mata tetapi kedaulatan negara boleh dicerobohi tanpa perlu pun mengangkat senjata.


Hanya dengan hujung jari, kita boleh mencetuskan penghapusan etnik sepertimana yang berlaku kepada Rohingya ataupun menempah neraka sepertimana berlaku di Libya, Syria ataupun Mesir. Kehebatan akal manusia yang diamanahkan sebagai anugerah tertinggi kepada makhlukNya teruji hampir ke tahap maksima, di mana hanya yang bijak dan menguasai ilmu sahaja yang akan menang.


Justeru, bagi negara yang penguasaan ilmu iaitu sains dan matematik berada di tahap yang sangat lemah dan semakin lemah, Malaysia berhadapan dengan cabaran mentaliti dan sikap dalam menangani berbagai asakan yang dahulunya asing bagi kita . Antaranya, asakan terhadap jati diri, akidah, keyakinan diri, sehinggalah kepada kestabilan dan kedaulatan negara.


Alhamdulillah, kerana kepimpinan negara nampaknya begitu peka akan keadaan ini lalu meletakkan landasan baru yang lebih kukuh, sesuai dengan iklim dunia baru bagi menahan getaran dari segala asakan tersebut. Dari situ, Manifesto BN yang dirangka menyenaraikan 17 perkara penting sebagai persediaan membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi:


1. Menangani Kos Sara Hidup

2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar

3. Menyediakan Rumah Mampu Milik

4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam

6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar

7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif

8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara

9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam

10. Memperkasa Penyertaan Wanita

11. Memenuhi Aspirasi Belia

12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial

13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

14. Memerangi Gejala Rasuah

15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus

16. Gerakan Kesederhanaan Global

17. Memulihara Sumber Semula Jadi




Tanpa meminggirkan sesiapa dan mana-mana aspek kehidupan, manifesto BN dijangka mampu mengukuhkan lagi negara ini dari segi ekonomi, sosial dan politik. Apa yang BN perlukan kini hanyalah sokongan padu rakyat untuk menjadikan ‘sebuah negara yang lebih baik’, satu realiti.

Melihat dari sambutan terhadap manifesto ini, kita yakin bahawa sokongan padu, bukanlah satu masalah besar bagi BN.


ALLAH MERAHMATI MALAYSIA

VIDEO PRESS CONFERENCE "PAPA GOMO" LAWAN ANWAR IBRAHIM

SAKSIKANLAH


DI SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...