Jumaat, April 26, 2013

LAGI CACIAN BIADAP PADA ISTERI PM....

MW terkejut jugak tengok banner yang digantung di Tampin, Negeri Sembilan ni....berpolitik biar berpada-pada. Macam-macam tuduhan dilemparkan pada Rosmah Mansur isteri PM sebelum ini. Sehinggalah PRU ini pun beliau masih di serang dan dikutuk. Beliau juga orang islam.....

Rosmah Mansur, isteri PM di caci Pelacur, mata duitan dan pakai bomoh

Dalam setandan pisang, pasti ada yang buruk....

ALLAH MERAHMATI MALAYSIA

Khamis, April 25, 2013

NEGERI SEMBILAN PANAS!! SESIAPA YANG BUAT INI MEMANG BIADAP

MW hanya mampu mngeluh dan beristighfar, SUBHANALLAH. PRU13 tidak seharusnya menjadi sedemikian rupa..di mana budi bahasa rakyat Malaysia, Melayu Islam??Kalau ini orang Islam yang buat......

Banner Hina PM di Johol, Negeri Sembilan




Wahai pengundi atas pagar, MW seru bukalah mata, buakalah minda, bersihkan hati.Buat lah pilihan yang tepat. Totok PAS pasti akan mengatakan ini fitnah.ini fitnah dan fitnah!!! 


ALLAH MERAHMATI MALAYSIA

Rabu, April 24, 2013

GELAGAT PAKATAN RAKYAT SEPANJANG 4 TAHUN INI

MAKIN DEKAT PRU, MAKIN MALAS MW MENULIS, BUAT LA APA SAHAJA, MEREKA KATAKAN FITNAH, WALAU BETUL SALAH MEREKA, MEREKA KATA ITU FITNAH BN, KALAU BN YANG SALAH, MEREKA KATA UMNO KAFIR, UMNO RASUAH, TOLAK UMNO....TENGOKLAH VIDEO INI PULA....

MW POHON, PENGUNDI ATAS PAGAR LIHAT DENGAN MATA HATI

KLIK DI SINI


ALLAH MERAHMATI MALAYSIA

STRATEGI DAP SELEPAS MENJADI KERAJAAN MALAYSIA DI DEDAH

SAKSIKANLAH DAN DENGARLAH PENGAKUAN SALAH SEORANG PENGARAH STRATEGIK DAP UNTUK MENGHALAU ORANG MELAYU DI PULAU PINANG......DAN RANCANGAN MEREKA SETERUSNYA SELEPAS PRU 13

KLIK LINK INI DI YOUTUBE
ANDA NILAI
ANDA FAHAMI DAN
ANDA SEBARKAN.......

ALLAH MERAHMATI MALAYSIA

VIDEO NIK ABDUH : SELAR KEPIMPINAN NAJIB MENYEMBAH SYAITAN

SUBHANALLAH.....

Itu saja bagi MW yang bukan seorang ustaz ini boleh lafazkan. Kenapa sampai begini PAS?Kenapa sampai begini Nik Abduh??Mengucap nak...jangan bercakap seolah-olah saudara mendapat wahyu Tuhan.....Saudara-saudari boleh tengok video di bawah ini. Kalau dikatakan ini juga edit, MW tak tau nak kata apa, hanya boleh mengatakan, ANDA MEMANG TOTOK HIJAU YANG AMAT PEKAT DAN LIKAT.

NIK ABDUH...oh NIK ABDUH

Apa intipati ucapan beliau semasa HIMPUNAN HIJAU ini di Kedah pada tahun lepas?MW telah kod kan beberapa ayat yang keluar dari mulut beliau. Dalam keadaan beliau menjerit di mikrofon seolah-olah dirasuk, setiap perkataan di mulutnya disusuli dengan menyebut Kalimah ALLAH, berulang kali. Alhamdulillah...tetapi antara ayat-ayat beliau :

"TIDAK ADA SATU PERJUANGAN YANG LEBIH SUDI DARIPADA PERJUANGAN PAS, PENYOKONG DAN PEJUANG PAS UNTUK KE PUTRAJAYA"

MW ini bukan ustaz, tetapi ayatnya begitu keras sekali. Seolah-olah, orang islam yang lain tidak suci perjuangannya jika mereka bukan ahli dan penyokong PAS. Siapa yang mengiktiraf perjuangan PAS ini perjuangan yang suci di dunia?Adakah Nik Abduh mendapat wahyu daripada ALLAH s.w.t? Subhanallah nak....

"KENAPA KITA NAK KE PUTRAJAYA?ALLAH MENGARAHKAN KITA KE PUTRAJAYA, ALLAH MAHU KITA MENGHAPUSKAN KUASA ITU DARIPADA MUSUH ALLAH"

Tidak berani juga MW nak ulas, tetapi adakah semua orang di dalam BN itu adalah musuh ALLAH?waima mungkin ada seorang dua yang salah tindakannya, maka mereka semua itu musuh ALLAH?Subhanallah...

"SYAITAN DAN ORANG-ORANG YANG MENYEMBAH SYAITAN TELAH MERAMPAS KERUSI INI DARIPADA ORANG YANG BERIMAN"

SUBHANALLAH.....siapa yang kamu kata menyembah syaitan wahai Nik Abduh, Ya ALLAH, KAU buka kan lah pintu hati beliau ini kerana beliau mengatakan kerajaan yang sedia ada ini semuanya menyembah syaitan.

WALAUPUN BERTUKAR DARAH DENGAN DARAH SEKALIPUN, HIJAU AKAN TETAP KE PUTRAJAYA.....

Apa maknanya tu???????Jangan terkejut kalau ada pertumpahan darah berlaku selepas PRU ini sebab mereka telah menyatakan begini. YA ALLAH, kenapa sampai begini PAS ini?Perjuangan tidak boleh dipaksa, orang pasti boleh menilai mana baik dan mana buruk. Tidak perlulah sampai sebegini sekali wahai Nik Abduh.... Ya Allah, ampunkanlah dosa beliau.Jangan bergaduh di PARLIMEN PASIR MAS.....


ALLAH MERAHMATI MALAYSIA

Rabu, April 17, 2013

PAKATAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN MASIH BERKELAHI ISU CALON!!

KENAPA??

16 Mac 2013 - Pakatan Pembangkang Negeri Sembilan sekali lagi mengecewakan 450 para penyokongnya yang menunggu sejak jam 7 petang di Hotel City Kingdom , Seremban setelah mengumumkan tidak akan mengumumkan calon-calon mereka pada malam tadi pada pukul 10 malam oleh Cha Kee Chin Bekas ADUN Bukit Kepayang.

PR sebelum ini mewar-warkan akan mengumumkan calon-calon mereka serentak dengan pengumuman calon-calon Barisan Nasional pada hari ini (Selasa 16 April 2013) walaubagaimanapun gagal berbuat demikian . Ini menyebabkan kira-kira 40 penyokongnya bertindak keluar dewan. Kekecewaan dikongsi rakan-rakan mereka dari PAS yang datang dari seluruh Negeri Sembilan termasuk dari Jempol, daerah paling hujung di Negeri Sembilan.

Risikan  mendapati, calon-calon PAS dan DAP telah pun bersedia tetapi yang menjadi pertelingkahan adalah calon-calon daripada Parti Anwar Ibrahim, PKR.

Sebanyak 4 atau 5 kawasan DUN dan 2 kawasan Parlimen dikatakan perlu diperhalusi semula dan mengalami masalah pertelingkahan sesama sendiri.


Adakah PR NS takut akan calon-calon di bawah ini??


Apa masalah wahai PR?Mohon orang-orang cerdik pandai yang membaca ni bagitau orang kampung, pilihla betul-betul.......


ALLAH MERAHMATI MALAYSIA

 

Selasa, April 16, 2013

AISHAH JANJI MANISMU VS TAN SRI ISA SAMAD

APA PENCAPAIAN KEDUA-DUA TOKOH INI?HEEEE NANTI MW RUNGKAIKAN YA....TENGOK GAMBAR DULU, SAMBIL MENYANYI SIKIT....


TAN SRI ISA SAMAD

AISHAH JANJI MANISMU
Oh dunia ini
Penuh kepalsuan
Oh mungkinkah tiada
Keikhlasan
Apakah ini
Suatu pembalasan
Ku sedar kebesaranMu Tuhan

Aku bagai seorang
Kembara jalanan
Terumbang ambing
Di lautan gelora
Mencari kebahagiaan
Dahan untuk menumpang kasih
Mungkinkah suratan
Hidup kau selalu keseorangan

( korus 1 )
Hati membeku mengingatkan
Kata janji manismu... oh...
Ku dilambung angan-angan
Belaian kasih sayang suci darimu
Oh kejamnya

( korus 2 )
Lidah tidak bertulang
Ucapan cinta menghiris kalbu
Ku kan pergi membawa diri
Cinta di hati terkubur lagi

Tidak ku fahami
Mengapa terjadi
Peristiwa pahit mengguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Kutempuhi dengan kesabaran
Kusedar kebesaranMu Tuhan...

TUNGGU PENDEDAHAN MW NANTI.............


ALLAH MERAHMATI MALAYSIA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...