Memaparkan catatan dengan label adam adli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adam adli. Papar semua catatan

Rabu, April 03, 2013

TERKINI DARI USIM : HANYA 30 ORANG HADIR SPEAKER CORNER!!

HE HE HE....MW ketawa nakal sikit. Kesian pada mereka ini,. Kerana lupa malam ini ada siaran bola secara langsung di ASTRO menyebabkan program mereka sedikit terganggu. *tapi dapat crowd ramai pun sebab ada orang tengok bola*. MW memerhatikan dari jauh di tempat kejadian dan dapat MW perhatikan beberapa nama macai-macai yang hadir ke sana seperti Adam Adli, Ekhsan Bukhari, Safwan Anang, Khalid Ismath, dan Edikoup pun ada--->lama menyepi broo* 

Dari PEMERHATIAN, dalam jumlah 30 orang mereka yang berkumpul secara aman itu dan menggunakan healer (warna biru, yang di sponser) itu ,tiada gangguan dari pihak keselamatan USIM. Ini disebabkan mereka menjalankan aktiviti korner ini di korner Mannusalwa. Dari 30 orang itu, hampir separuh atau lebih adalah dari kalangan mahasiswa, macai-macai mahasiswa yang digantung dari IPTA dan IPTS lain. BUKAN USIM!!

Ini bermakna, lebih kurang hanya 15 orang sahaja mahasiswa USIM yang berada di sana tadi dan diramaikan oleh peminat-peminat bola sepak, *nak tak nak terpaksa dengar bai, nak baling telur risau masuk blog pulak* Jadi, perkara ini amat MEMBUANG MASA! Tidak lupa juga, MW nampak YDP MPP USIM, saudara Mohamad Razif Mohamad Fuad turut berada di sana!!! Aii, tuan YDP, keluar statement jangan bagi politik luar campur urusan mahasiswa....* Lupa, diorang kat luar USIM, AUKU dah benarkan....aduh*Mohon tuan YDP keluarkan statement bagi program malam ini.  Persoalannya juga, di mana Haziq Fikri????MW tak nampak beliau tadi...ish...kawan baik datang tak sambut ke?

Aktiviti korner yang tamat lebih kurang jam 10.15 malam tadi boleh dikatakan GAGAL!!! Di mana 8 ribu student USIM yang lain??Kalian tidak cuti, kenapa tidak pergi support speaker korner mereka ini? Jadi, pemerhatian seterusnya, mereka ini sudah tidak femes lagi. Populariti mereka mula merudum, dan ini menunjukkan, Mahasiswa USIM sendiri mula MELUAT dengan mereka. USM pernah support lebih kurang 80 orang, lebih ramai berbanding malam ini. Sedih....
 
Apa perancangan esok dan lepas ini pula??he he he...nak bersolidariti di mana pula?Nak minta polis cawangan mana pula tangkap?ishhh MELUAT...MELUAT..MELUAT.

TAHNIAH MAHASISWA USIM YANG LAIN KERANA ANDA TIDAK MEMALUKAN USIM.






 #Nasib baik hanya 15 orang sahaja diperkudakan malam ni. Tadi Adam Adli sembahyang berjemaah ke tak?takde la gambar dia solat berjemaah....
MW cabar GM13 hantar calon bertanding PRU atas nama parti mahasiswa sendiri


ALLAH MERAHMATI MALAYSIA


Rabu, Mac 27, 2013

VIDEO FORUM PENDIDIKAN PERCUMA ADAM ADLI DI USM 25 MAC 2013 -LESU

Watch "ADAM ADLI - FORUM PENDIDIKAN PERCUMA, USM 25 MAC 2013" on YouTube

ANDA BOLEH KLIK LINK DI ATAS UNTUK MELIHAT VIDEO

Sudah lihat sedikit sedutan video di atas?apa persepsi pertama anda?pasti anda akan katakan "apa benda ni??" "Alaaa xde apa2 pun,kosong" atau "so what,diorang cool je...."

Itu mungkin respon pada penjilat-penjilat Adam aka Anak Jambu Anwar Ibrahim ini.Sekilas pandang sebenarnya program tersebut begitu lesu,tiada sambutan yang hangat sepertimana ratusan,ribuan mahasiswa yang gilakan nama Adam Adli apabila dia turun ke mana-mana tempat.Kenapa ya?

Mungkin juga,peng'observe'-'observe' blog MW ini menanti-nanti,mana video Adam pada malam forum di USM itu.MW tunjukkan sedikit sahaja dulu antara video-video yang lain.Tunggu...MW akan tayangkan video yang seterusnya nanti.Puak-puak ni mula melatah dengan posting-posting MW sebelum ini.Rileks brader....kalau benar,apa salahnya.kalau salah katakan tidak dengan tidak beremosi.Jangan beremosi seperti abang Adam ya.Sememangnya perpecahan di kalangan mereka ini semakin kuat.Kan bagus tu....

Ini kalau Anwar Ibrahim tengok video ni,kompem si Che Gu Bard dan Rafizi Ramli kena marah.Sebab budak-budak ni makin lemah.Aiii...macamana nak hantar budak-budak ni jadi calon PRU kalau begini sahaja.Jangan risau,blog ini sedikit sebanyak dapat menaikkan balik Adam Adli nanti.Insyaallah.

Apapun,tunggu kemunculan video seterusnya dari MW untuk tatapan mahasiswa di luar sana serta masyarakat umum dan para peng'observe' media maya Pro-M khususnya.Atau mungkin MW dapat rasakan mereka akan membidas dengan video yang direkod dari pihak mereka lagi nanti.

#mahasiswa tidak bodoh
#tolak mahasiswa jalanan sebagai calon PRU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...