Khamis, April 11, 2013

UNTUK ORANG NOGORI-SENARAI NAMA CALON PAKATAN RAKYAT

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani mengetuai cabaran PAS bersama Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan dalam pilihan raya umum kali ini.Beliau akan mempertahankan kerusinya di DUN Paroi bersama AJK PAS Pusat, Zulkefly
Mohamad Omar di DUN Lenggeng.
Turut bertanding peringkat negeri adalah pakar ekonomi PAS Dr Rosli Yaakop di DUN Klawang.

PAS Negeri Sembilan mengumumkan calon Pilihan Raya Umum ke-13 di Muasasah Darul Syarif, Batu Kikir, Jempol malam tadi.Pengumuman calon DUN dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani.Sementara itu, calon-calon parlimen pula diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.Turut hadir ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.Dalam pilihan raya lalu, Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN Negeri Sembilan.Mereka hanya memerlukan lima kerusi sahaja lagi untuk menang dan mentadbir  Negeri Sembilan.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sebelum ini meramalkan Pakatan akan menang skurang-kurangnya tujuh negeri dalam PRU 13 ini dan Negeri Sembilan dipercayai salah satu daripadanya.Berikut calon PAS Negeri Sembilan:

DUNParoi – Mohd Taufek Abdul Ghani Lenggeng – Zulkefly Mohamad Omar
Labu – Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa
Klawang – Dr Rosli Yaakop
Chembong – Kamarol Ridzuan Mohd Zain
Bagan Pinang – Ramli Ismail
Sungai Lui – Nor Anif Selamat
Senaling – Zaharudin Othman
Johol – Norazman Mohamad
Kota – Ghazali Mohd Shom
Serting – Abdul Rahman Ramli Gemencheh – Mohd Noor Yassin

Parlimen Jelebu – Aiman Athirah Al-Jundi –
Jelebu Tampin – Zakaria Khalim
Jempol – Wan Aishah Wan Ariffin

@ADAMADLI : MENGAPA SAYA TIDAK DICALONKAN?

kecewa


Umum mengetahui selain Parti Perikatan BN, PR dan bebas. Sekali lagi PRU kali ini mahasiswa cuba mengulangi kisah dan sejarah mereka pada tahun 2008 seperti di Parlimen Kepala Batas iaitu kawasam Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pada ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia. Mereka menggelarkan pasukan mereka ketika itu sebagai Parti Mahasiswa Negara (PMN) yang berlatarkan warna oren. Sehinggakan WAVE OREN atau mudahnya teknik THE COLOUR REVOLUTIONS ini menular dan digunapakai oleh PRO-Mahasiswa kampus di seluruh IPTA. 

PC PMN PRU12

Sayangnya pada ketika itu, PMN ini tidak lahir dan diadakan dengan kemas serta tanpa perancangan yang rapi. Tidak seperti hari ini bermula dengan Free Education dan melonjakkan Adam Adli. Pada waktu itu, Saudara Zainulfaqar, pelajar Uniniversiti Malaya sebagai calon mahasiswa yang bertanding di Kepala Batas, yang cuba mencalit Pak Lah ketika itu walaupun beliau kalah. Pada 2008 itu, mahasiswa masih kurang dengan media sosial terutama Facebook. Namun, pada ketika itu, sangat jelas bahawa, PMN ini bersama PAS.MW lupa gambar-gambar mereka letak di mana, tapi ada.Nanti kalau nak tengok.

Zainulfaqar
Persoalannya sekarang, di mana mereka semua ini?kemana menghilang?kenapa tidak berjuang di landasan seperti dulu atau landasan Pakatan Rakyat. MW dan rakan-rakan tertanya-tanya, kemana mereka menghilang?

Isteri pelajar PRO-M USM, dan kini sakit..

Hari ini Malaysia menyaksikan lagi sekali pencalonan dari Mahasiswa yang menggelarkan diri mereka GM13 dan akan bertanding di kawasan Najib Tun Razak, PM Malaysia. MW melihat sengaja mereka mencari publisiti dan mahu mencalarkan imej PM di sana. Untuk apa selain itu lagi? Calonnya juga dari UM, saudara Bukhairy, MPP sekarang dan maklumat yang MW dapat, budak Bukhairy ni selepas menang PRK di UM dan menjadi MPP, langsung tidak ambil peduli dan membuat kerja sebagai MPP. Kenapa begitu? Yang membuatkan ADAM ADLI terkilan, kenapa bukan beliau yang menjadi calon wakil rakyat?kenapa bukan dia menajadi calon, sedangkan dia diangkat sebagai ikon pelajar demo yang paling hangat di Malaysia, dengan cara dan kaedah yang sangat terperinci. Kali ini juga GM13 membuat perancangan yang rapi termasuk angkatan TOLAK dan lain-lain.

MW merasakan tidak adil jika Adam Adli tidak diberikan ruang untuk menjadi calon,sedangkan Mahasiswa lebih mengenali dia berbanding si Bukhairy. MW juga dapat kesan, puak-puak Adam Adli dan GM13 ini sebenarnya tidak sebulu!!KENAPA??Apa perjuangan mereka yang sebenar?

Di mana WE ARE ALL ADAM ADLI 




ALLAH MERAHMATI MALAYSIA






Rabu, April 10, 2013

PANAS: AHLI PAS BAKAR BILIK GERAKAN UMNO DI PERAK???

Laporan Polis


Sungai Rokam Ipoh Perak. Oleh kerana bendera PAS hilang mereka yang bergelar ISLAM yang kononnya mengamalkan AL-QURAN dan Sunah Nabi SAW sanggup berbuat demikian.


Adakah ini yang PAS ajar kepada pengikutnya ? sanggup memfitnah tampa usur periksa dan cepat
menghukum tampa menyelidik terlebih dahulu.


jika perkara ini pun tidak boleh diselesaikan oleh orang-orang PAS bagaimana nak menegakkan HUKUM HUDUD PAS.. Begitulah ukurannya kepada PAS yang semakin hari, semakin banyak mempersendakan AGAMA ISLAMS


SUMBER DARI

#MW merasakan mereka ingat Bilik Gerakan itu tempat pembakaran sampah, oleh itu mereka membakar sampah di situ, maka Bilik Gerakan UMNO pun terbakar nanti.

atau

Ianya memang akan dibakar kerana dirancang untuk dibakar sebab tak puas hati dan marah pada UMNO. Sabar, jangan begitu.Islam tidak mengajar kita begitu

atau

Ianya bakal di bakar oleh orang UMNO sendiri sebab untuk timbulkan gimik,tapi kalau betul,bodohla mereka.

atau

Orang PAS merasakan kalau bakar Bilik Gerakan UMNO, yang tetap dipersalahkan adalah UMNO juga. Mereka tak kena apa-apa.Jem

Jaga-jaga wahai Bilik Gerakan Negeri lain, nanti kena bakar juga. Tingkatkan keselamatan!!


ALLAH MERAHMATI MALAYSIA

HARI MENGUNDI JATUH PADA 5 MEI 2013-PENGUMUMAN SPR

Ini adalah pengumuman secara rasmi oleh SPR secara langsung di TV sebentar td.Ini adalah angka-angka dan tarikh-tarikh penting yang diumumkan.


CD daftar pemilih akan mula dijual pada15 April dan buku akan dijual pada19 April 2013 di seluruh pejabat SPR

Pengundi berdaftar adalah seramai 13,268,002 juta rakyat Malaysia (yang diwartakan esok - 11 April)


PENAMAAN CALON 20 APRIL
TARIKH UNDI AWAL 30 APRIL
TARIKH MENGUNDI 5 MEI


SELAMAT MENGUNDI!!!!!


ALLAH MERAHMATI MALAYSIA

TUN BONGKAR NIAT DAP

Taktik penasihat DAP Lim Kit Siang untuk mewujudkan kebencian antara kaum Cina dan Melayu seterusnya memberikan sokongan kaum Cina kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) boleh menghancurkan negara.


Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sekiranya wujud permusuhan antara kaum Melayu dan Cina, negara ini tidak akan stabil, sekali gus mewujudkan kemusnahan sedangkan banyak usaha dilakukan kerajaan bagi membangunkan Malaysia sejak merdeka 55 tahun lalu.


Beliau berkata, DAP dan Kit Siang tidak pernah senang dengan perpaduan yang wujud antara kaum Melayu, Cina serta India dan kerana itu mereka sentiasa berusaha mewujudkan rasa kebencian berkenaan.


“Niatnya bukan untuk kebaikan rakyat tetapi mewujudkan kebencian seterusnya orang Cina mengundi DAP. Selepas 55 tahun, kita lihat di Malaysia adakah kita ketinggalan.

“Matlamat kita menjadi negara maju bergantung kepada keamanan dan tidak bergaduh. Jika bergaduh, kita tidak sampai ke Wawasan 2020 dan boleh mengucapkan selamat tinggal kepada 2020,” katanya pada Bicara Perdana di Dataran Tanjung Emas di sini, kelmarin.

Hadir sama, isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman serta Naib Ketua Pemuda UMNO yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim.

Kehadiran Dr Mahathir pada program berkenaan menarik kunjungan lebih 5,000 hadirin.

Menurut Dr Mahathir, kemenangan yang diharap pemimpin pembangkang itu di Gelang Patah bukan untuk kaum Cina tetapi untuk kepentingan dirinya sendiri.

“Tidak mungkin dia dapat membentuk kerajaan (di Johor) tetapi dia cukup puas jika orang Cina membenci orang Melayu,” katanya.

Jelas beliau, jika sesebuah parti itu tidak membangunkan negara, ia boleh ditukar dan menjadi hak rakyat untuk mengundi pada PRU.

Kata Dr Mahathir, sejak merdeka pemimpin negara ini sentiasa mempraktikkan amalan perkongsian sama ada dalam aspek kuasa atau kekayaan negara supaya ia dapat diberikan secara sama rata kepada rakyat.

“Ia berbeza dengan DAP yang tidak mahu berkongsi, malah menuduh segala kuasa dan kekayaan kononnya diberikan hanya kepada orang Melayu sedangkan diketahui umum ia sebenarnya tidak benar sama sekali.

“DAP bangkitkan kebencian, mereka kata kita menidakkan hak mereka dari segi bahasa, budaya, agama, namun tiada negara lain yang membantu seperti Malaysia bagi mereka mengekalkan bahasa, budaya serta sekolah untuk orang Cina,” katanya

GEMPAR!! SENARAI CALON ARTIS & USTAZ BN

ADAKAH MEREKA BAKAL MENJADI CALON UNTUK PRU-13?? SAMA-SAMA KITA NANTIKAN.....
Ustaz Kazim Elias di lihat sangat diminati rakyat dan penonton di TV

Dato AC Mizal antara penyokong kuat BN

Awie tidak terkecuali dengan sokongan yang padu

peewiittt..Amy Search yang dilihat semakin berjinak-jinak menimba ilmu agama

Ustaz Dr Fathul Bari lantang bersuara menegakkan Islam

Zed Zaidi,Presiden Seniman yang menjaga kebajikan dan isu artis di Malaysia

MUNGKINKAH MEREKA BAKAL MERUBAH LANSKAP POLITIK MALAYSIA??


ALLAH MERAHMATI MALAYSIA

Selasa, April 09, 2013

BUKTI RAKYAT KELANTAN SUDAH MUAK DENGAN PAS!!

MW PERSILAKAN SAUDARA SAUDARI MELIHAT DAN MERENUNG SEJENAK GAMBAR-GAMBAR DI BWAH. INI BUKAN EDIT,INI NYATA DAN REALITI!!








SEMUA INI GAMBAR-GAMBAR YANG DIAMBIL SEMASA CERAMAH-CERAMAH ISU SEMASA OLEH PENDITA KELANTAN.TUKAR!!!

ALLAH MERAHMATI MALAYSIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...