Khamis, April 11, 2013

UNTUK ORANG NOGORI-SENARAI NAMA CALON PAKATAN RAKYAT

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani mengetuai cabaran PAS bersama Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan dalam pilihan raya umum kali ini.Beliau akan mempertahankan kerusinya di DUN Paroi bersama AJK PAS Pusat, Zulkefly
Mohamad Omar di DUN Lenggeng.
Turut bertanding peringkat negeri adalah pakar ekonomi PAS Dr Rosli Yaakop di DUN Klawang.

PAS Negeri Sembilan mengumumkan calon Pilihan Raya Umum ke-13 di Muasasah Darul Syarif, Batu Kikir, Jempol malam tadi.Pengumuman calon DUN dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani.Sementara itu, calon-calon parlimen pula diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.Turut hadir ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.Dalam pilihan raya lalu, Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN Negeri Sembilan.Mereka hanya memerlukan lima kerusi sahaja lagi untuk menang dan mentadbir  Negeri Sembilan.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sebelum ini meramalkan Pakatan akan menang skurang-kurangnya tujuh negeri dalam PRU 13 ini dan Negeri Sembilan dipercayai salah satu daripadanya.Berikut calon PAS Negeri Sembilan:

DUNParoi – Mohd Taufek Abdul Ghani Lenggeng – Zulkefly Mohamad Omar
Labu – Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa
Klawang – Dr Rosli Yaakop
Chembong – Kamarol Ridzuan Mohd Zain
Bagan Pinang – Ramli Ismail
Sungai Lui – Nor Anif Selamat
Senaling – Zaharudin Othman
Johol – Norazman Mohamad
Kota – Ghazali Mohd Shom
Serting – Abdul Rahman Ramli Gemencheh – Mohd Noor Yassin

Parlimen Jelebu – Aiman Athirah Al-Jundi –
Jelebu Tampin – Zakaria Khalim
Jempol – Wan Aishah Wan Ariffin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...