Khamis, April 04, 2013

PRU 13 : TOK MUN TANDING LAGI KERUSI PARLIMEN PADA USIA 94 TAHUN

KUALA TERENGGANU 4 April - Maimun Yusof, 94, mengesahkan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) apabila hadir ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk mendapatkan borang pendaftaran calon kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Ini merupakan pilihan raya umum kedua yang ditandingi oleh Tok Mun selepas tewas pada 2008 lalu kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) dengan 32,562 undi dan Mohamad Sabu (Pas) yang memperolehi 31,934 undi.
Bagaimanapun, Tok Mun yang bertanding atas tiket Bebas dengan menggunakan simbol kunci pada ketika itu berjaya memperolehi sebanyak 685 undi.
Dijangkakan, Tok Mun sekali lagi akan menjadi calon tertua pada pilihan raya umum kali ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130404/px_35/PRU-13-Tok-Mun-bertanding-lagi-pada-usia-94-tahun#ixzz2PV2bNcJL
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...