cantik molek bila bertudung |
MW juga melihat ramai rakan artis beliau yang bertudung (tidak semua) tapi terus melompat dan masuk politik pakatan pembangkang. Dan dalam masa sama terus boleh bercakap tentang agama,islam,hukum dan setaraf dengan ustazah-ustazah lain di luar sana. Gelaran Ustazah ini mungkin diberikan oleh masyrakat luar walaupun bukan oleh mana-mana institusi, akan tetapi MW melihat kenapa ia berlaku dan terjadi sebegini??Adakah dengan anda bertudung, maka anda bercakap seolah-olah anda seorang yang tinggi ilmu agamanya.MW tidak menidakkan bahawa bercakap tentang soal mengajak orang untuk membuat kebaikan itu salah, mengajak orang ramai ke arah Islam itu salah, tetapi terlalu taksub dan kadang-kadang menjatuhkan hukum kepada orang lain pula. ISHk
Abby begitu lantang di dalam mana-mana ceramah PR |
Sebelum mereka bertudung, ya mereka agak popular dengan nyanyian, lakonan, watak-watak seksi, dan gosip-gosip yang melanda mereka. Apakah mereka ini punyai dosa silam yang tidak diketahui umum?Lantas untuk cara dekat kepada ALLAh dan ISLAM adalah dengan cara join politik PAS??tak betul MW rasakan besgitu. Parti PAS itu bukan AGAMA, ISLAM itu AGAMA. Dengan mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, mereka menjatuhkan dan memburukkan rakan-rakan mereka sebelum ini.Terfikir MW, ada orang politik, USTAZAH-USTAZAH PAS atau UMNO memburukkan kalian juga ke dulu?
Atau kenapa mereka bersama-sama dalam parti pembangkang ini adalah untuk populariti juga?Risau populariti jatuh bila bertudung, maka dengan berpolitik, mereka kekal popular dan menjadi sebutan malah kegilaan orang terutama ustaz-ustaz??
Aisyah bakal bertanding di Jempol, Negeri Sembilan |
Mungkin juga bayaran yang diberikan kepada mereka ini begitu tinggi untuk satu-satu ceramah dan ini adalah hasil pendapatan untuk hidup mereka?Jangan lari dari tujuan, niat asal kalian. Apa niat dan tujuan semuanya jadi begini?Salah satu sebab mungkin juga adalah kerana KECEWA?Kecewa ini sangat luas dan besar. Kecewa sepertimana orang UMNO masuk ke PR dan orang PR keluar PR. Kecewa dengan kehidupan sebelum ini dan cara terbaik untuk insaf ialah dengan berpolitik?
Dayangku Intan cukup terkenal dengan keseksiannya suatu ketika dahulu,Alhamdulillah sekarang |
Ikon-ikon mereka ini sebenarnya amat diperlukan di dalam Politik PR kini kerana mereka boleh menarik undi peminat mereka sendiri dan orang ramai suka bila artis yang bercakap. Mudah kata, orang dengar apa artis cakap. Tapi, kaji dan nilai dahulu siapa mereka sebelum ini. Apa tujuan mereka dan di mana letak duduknya seorang yang baru mula bertudung dan terus boleh berceramah agama, kuliah serta berforum agama? Mudahnya Islam bukan saja terletak pada tudung sahaja untuk terus menjadikannya ustazah.
Diana Amir, giat berforum dan ceramah.Anak muda suka beliau, tapi dulu? |
Maka tidak mustahil juga, Siti akan bertanding bagi merebut mana-mana kerusi dalam PRU13 kali ini! Kalau betul Siti bertanding, mungkin mewakili BN, maka insyallah beliau akan menang besar. Mungkin beliau tidak join PR kerana merasakan ilmu agamanya tidak tinggi. Tapi sama-sama kita doakan semua yang sudah mula bertudung ini tahu dan faham apa niat mereka bertudung dan kekalkanlah sehingga akhir hayat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan