Isnin, April 15, 2013

KEMPEN PRU-13 BERJALAN LEBIH AWAL SEBELUM PENAMAAN CALON

Gambar Hiasan

Kebiasannya, kempen akan bermula habis-habisan bermula selepas penamaan calon. Tetapi untuk PRU 13 ini dilihat, kempen akan bermula lebih awal berbanding penamaan calon yang akan diadakan pada 20hb ini. Ini kerana, pengumuman-pengumuman calon yang bakal bertanding seperti Pakata Rakyat telah pun mengumumkan beberapa calon mereka di sesetengan negeri. Umum juga mengetahui bahawa BN juga akan mngumumkan senarai calon yang akan bertanding dalam tempoh masa terdekat ini. Mungkin hari ini, atau mungkin esok??

MW melihat, kempen giat bermula sekarang. Kempen-kempen terutamanya di media sosial ini, di laman blog, FB, Twitter mahupun Instagram..tidak mustahil di WeChat juga nanti. Ini memberi makna, kempen PRU kali ini adalah begitu panjang sekali jika di tambah dengan hari berkempen selepas penamaan sehingga sehari sebelum membuang undi. Kempen-kempen yang dilakukan bermcam-macam gaya, kempen untuk menaikkan dan memperkenalkan calon dan kredibilitinya, tidak mustahil kempen untuk menjatuhkan calon pihak lawan dan sebagainya

Yang pasti, kempen MEMBURUKKAN PERIBADI CALON pasti menjadi hangat sekali.Memburukkan atau juga memberikan bukti yang sahih tentang sesuatu yang tidak betul pada bakal pemimpin ini tidak mengapalah. Akan tetapi risau menjadi fitnah yang direka-reka. Waima dari Pembangkan atau Barisan Nasional. Mohon pada lawan dan kawan, tidak memfitnah dan memburukkan calon-calon dengan cara terkutuk. Ceritalah perkara benar walaupun pahit, jangan pula di simpan cerita-cerita yang baik.

#MW melihat mula ada kucar-kacir dalam PAKATAN RAKYAT.....




ALLAH MERAHMATI MALAYSIA
VOTE4BN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...