Berdasarkan poster yang MW lihat, akan diadakan Speaker Corner di Kedai Mamak Mannusalwa esok 2 April 2013 jam 8.30 malam anjuran KAMI. Pemidato yang hadir juga bukan calang-calang orangnya. Semuanya Ketua Pimpinan organisasi. SIAPA KAMI?? kenali mereka dan LIHAT SINI
INI TIADA KAITAN DENGAN PARTI POLITIK? |
PERSOALANNYA, kenapa tiba-tiba dibuat di USIM?Adakah ini tindakan melatah dan backup plan selepas isu Taklimat Keselamatan yang berlangsung di USIM tempohari?Mahasiswa-mahasiswi USIM kenal kah dengan semua pemidato ini?Tindakan backup dan melatah yang MW andaikan ini adalah untuk menyelamatkan 'geng-geng' mereka di USIM seperti Haziq dan kawan-kawannya. Haziq sudah mula kecut perut sehingga ingin menyaman blogger-blogger amatur Most Wanted ( BACA SINI) dan tidak lupa juga pada Saudara Syihan yang menggesa NC, TNC-TNC meletakkan jawatan juga mula takut dan membuat statement di FB beliau dan beliau masih belum meminta maaf dan menarik balik pernyataan beliau tersebut. Makin seronok di FB ada la...
Kenapa Statement ini keluar?Mahu wujudkan GSPS?atau Reverse Psychology kepada pembaca, mahasiswa USIM? |
Tidak lupa kehadiran Mat Jambu Adam mungkin mencuri mata mahasiswi USIM, jangan lupa, kali terakhir beliau berforum ketika di USM ( BACA SINI) pun tidak mendapat sambutan, malah beliau beremosi ketika menjawab soalan. Mahasiswa USM melayan mereka ketika itu dengan baik sekali, tanpa menghalau, tanpa melempar telur dan di BOO. Mahasiswa seluruh Malaysia memang sudah kenal dengan ADAM ini.
Speaker Corner itu juga menampilkan Ekhsan Bukhari, dan Safwan Anang,siapa dia?hehehe... jom review balik kisah mereka sebelum ini DI SINI, SINI dan SINI serta SINI serta boleh search nama-nama mereka juga.
PERSOALAN KEDUA, di mana kepimpinan-kepimpinan Pro-Pembangkang di USIM?kenapa tidak mereka sahaja yang buat speaker corner di sana?atau adakah sebab jika mereka mendedahkan diri, maka mahasiswa-mahasiswi USIM TAHULAH BAHAWA MEREKA INI BUKAN NEUTRAL, termasuk juga YDPMPP USIM, kan? nak cover cantik depan mahasiswa dan pihak HEP USIM, kena la berlakon, Begitu kan?
PERSOALAN KETIGA, sejauhmanakah penerimaan mahasiwa USIM terhadap SYIAH ni? terhadap orang-orang yang mungkin juga tidak tinggi ugama berbanding mahasiswa-mahasiswa USIM untuk menerima, mendengar apa yang bakal mereka sampaikan nanti?Kebanyakan sudah kenal, kawan rapat Haziq Fikri iaitu Khalid Ismath sehinggakan kejelekitan mereka ini terbukti di twitter, FB dan membahasakan diri serta bercakap dalam bahasa yang kasar, wa, lu, bro dan sebagainya.
Tamat sebelum mula |
MW yakin, Khalid bukan gay. Dia sukakan aweks-aweks |
aku syiah, ko susah? |
Harap Mahasiswa-mahasiswa USIM bijak menilai siapa mereka ini, dan kenapa patut dengar atau tidak. Apa yang dibwakan oleh mereka adalah membawa suara Pakatan Rakyat. Tetapi dengan imej mereka ini sesuaikah mereka menjadi pelapis pimpinan Pakatan Rakyat? MW tidak menulis atas dasar fitnah, tetapi atas dasar kaji selidik dan pemerhatian dan timbulkan persoalan kepada pembaca, terutamanya mahasiswa USIM. Jangan menyokong membabi-buta dan jangan mengkritik membabi buta juga. Speaker corner ini berlangsung akibat isu Taklimat PDRM yang lepas ( BACA SINI, SINI dan SINI)
Apa yang pasti, pemidato-pemidato ini diberi peluang yang baik oleh kepimpinan Pakatan Rakyat untuk menjadi suara mereka, sebagai duta mereka. MW tabik pada Pakatan Rakyat kerana pandai memanipulasi dan memberi peluang kepada anak-anak muda seperti mereka...tetapi biarlah yang elok sikit, bukan hanya berani.
#secara tak langsung MW telah promote program mereka. Mahasiswa USIM jangan gentar, nasihat MW pada pihak USIM dan pihak Keselamatan USIM, jangan ambil apa-apa tindakan pada mereka.Mereka bakal diperkudakan
ALLAH MERAHMATI MALAYSIA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan