Rabu, April 03, 2013

TERKINI DARI USIM : HANYA 30 ORANG HADIR SPEAKER CORNER!!

HE HE HE....MW ketawa nakal sikit. Kesian pada mereka ini,. Kerana lupa malam ini ada siaran bola secara langsung di ASTRO menyebabkan program mereka sedikit terganggu. *tapi dapat crowd ramai pun sebab ada orang tengok bola*. MW memerhatikan dari jauh di tempat kejadian dan dapat MW perhatikan beberapa nama macai-macai yang hadir ke sana seperti Adam Adli, Ekhsan Bukhari, Safwan Anang, Khalid Ismath, dan Edikoup pun ada--->lama menyepi broo* 

Dari PEMERHATIAN, dalam jumlah 30 orang mereka yang berkumpul secara aman itu dan menggunakan healer (warna biru, yang di sponser) itu ,tiada gangguan dari pihak keselamatan USIM. Ini disebabkan mereka menjalankan aktiviti korner ini di korner Mannusalwa. Dari 30 orang itu, hampir separuh atau lebih adalah dari kalangan mahasiswa, macai-macai mahasiswa yang digantung dari IPTA dan IPTS lain. BUKAN USIM!!

Ini bermakna, lebih kurang hanya 15 orang sahaja mahasiswa USIM yang berada di sana tadi dan diramaikan oleh peminat-peminat bola sepak, *nak tak nak terpaksa dengar bai, nak baling telur risau masuk blog pulak* Jadi, perkara ini amat MEMBUANG MASA! Tidak lupa juga, MW nampak YDP MPP USIM, saudara Mohamad Razif Mohamad Fuad turut berada di sana!!! Aii, tuan YDP, keluar statement jangan bagi politik luar campur urusan mahasiswa....* Lupa, diorang kat luar USIM, AUKU dah benarkan....aduh*Mohon tuan YDP keluarkan statement bagi program malam ini.  Persoalannya juga, di mana Haziq Fikri????MW tak nampak beliau tadi...ish...kawan baik datang tak sambut ke?

Aktiviti korner yang tamat lebih kurang jam 10.15 malam tadi boleh dikatakan GAGAL!!! Di mana 8 ribu student USIM yang lain??Kalian tidak cuti, kenapa tidak pergi support speaker korner mereka ini? Jadi, pemerhatian seterusnya, mereka ini sudah tidak femes lagi. Populariti mereka mula merudum, dan ini menunjukkan, Mahasiswa USIM sendiri mula MELUAT dengan mereka. USM pernah support lebih kurang 80 orang, lebih ramai berbanding malam ini. Sedih....
 
Apa perancangan esok dan lepas ini pula??he he he...nak bersolidariti di mana pula?Nak minta polis cawangan mana pula tangkap?ishhh MELUAT...MELUAT..MELUAT.

TAHNIAH MAHASISWA USIM YANG LAIN KERANA ANDA TIDAK MEMALUKAN USIM.






 #Nasib baik hanya 15 orang sahaja diperkudakan malam ni. Tadi Adam Adli sembahyang berjemaah ke tak?takde la gambar dia solat berjemaah....
MW cabar GM13 hantar calon bertanding PRU atas nama parti mahasiswa sendiri


ALLAH MERAHMATI MALAYSIA


2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...