Isnin, April 08, 2013

APA LAGI NIK AZIZ??

Hari ini jika dibaca Sinar Harian muka surat 2,sekali lagi Nik Aziz mengecam dan menuduh UMNO selepas kontroversi dakwaan solat orang UMNO tidak mendapat pahala beberapa hari lepas.MW agak keliru apabila sekali lagi beliau mengatakan ASAL TOLAK ISLAM TIDAK DAPAT PAHALA.

Nik Aziz juga mengatakan bahawa jika Rasulullah SAW hidup kembali ,UMNO juga akan menentang Rasulullah SAW.Subhanallah sampai begitu sekali kenyataan beliau.Tambah beliau lagi "nak islam macamana dia (BN) tolak Islam.Dia buat masjid bukan kerana islam..dia nak kontraktor (projek) je. Di Kelantan ni nak kata banyak projek Kerajaan Pusat,bangunan sekolah,hospital..semua pusat buat tetapi satu pun tidak diberitahu harga sebenar.

MW Mohon rakyat menilai seorang Tok Guru berkata demikian demi menghalalkan perjuangan partinya.UMNO dikata menolak Islam,menolak islam bagaimana?sedangkan pemimpin kita di Malaysia adalah tunjangnya orang Islam.Sehinggakan kebaikan yang dibuat kerajaan BN dikatakan hanya untuk mendapatkan projek.Subhanallah.....
Sedarlah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

ALLAH MERAHMATI MALAYSIA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...