Khamis, April 11, 2013

@ADAMADLI : MENGAPA SAYA TIDAK DICALONKAN?

kecewa


Umum mengetahui selain Parti Perikatan BN, PR dan bebas. Sekali lagi PRU kali ini mahasiswa cuba mengulangi kisah dan sejarah mereka pada tahun 2008 seperti di Parlimen Kepala Batas iaitu kawasam Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pada ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia. Mereka menggelarkan pasukan mereka ketika itu sebagai Parti Mahasiswa Negara (PMN) yang berlatarkan warna oren. Sehinggakan WAVE OREN atau mudahnya teknik THE COLOUR REVOLUTIONS ini menular dan digunapakai oleh PRO-Mahasiswa kampus di seluruh IPTA. 

PC PMN PRU12

Sayangnya pada ketika itu, PMN ini tidak lahir dan diadakan dengan kemas serta tanpa perancangan yang rapi. Tidak seperti hari ini bermula dengan Free Education dan melonjakkan Adam Adli. Pada waktu itu, Saudara Zainulfaqar, pelajar Uniniversiti Malaya sebagai calon mahasiswa yang bertanding di Kepala Batas, yang cuba mencalit Pak Lah ketika itu walaupun beliau kalah. Pada 2008 itu, mahasiswa masih kurang dengan media sosial terutama Facebook. Namun, pada ketika itu, sangat jelas bahawa, PMN ini bersama PAS.MW lupa gambar-gambar mereka letak di mana, tapi ada.Nanti kalau nak tengok.

Zainulfaqar
Persoalannya sekarang, di mana mereka semua ini?kemana menghilang?kenapa tidak berjuang di landasan seperti dulu atau landasan Pakatan Rakyat. MW dan rakan-rakan tertanya-tanya, kemana mereka menghilang?

Isteri pelajar PRO-M USM, dan kini sakit..

Hari ini Malaysia menyaksikan lagi sekali pencalonan dari Mahasiswa yang menggelarkan diri mereka GM13 dan akan bertanding di kawasan Najib Tun Razak, PM Malaysia. MW melihat sengaja mereka mencari publisiti dan mahu mencalarkan imej PM di sana. Untuk apa selain itu lagi? Calonnya juga dari UM, saudara Bukhairy, MPP sekarang dan maklumat yang MW dapat, budak Bukhairy ni selepas menang PRK di UM dan menjadi MPP, langsung tidak ambil peduli dan membuat kerja sebagai MPP. Kenapa begitu? Yang membuatkan ADAM ADLI terkilan, kenapa bukan beliau yang menjadi calon wakil rakyat?kenapa bukan dia menajadi calon, sedangkan dia diangkat sebagai ikon pelajar demo yang paling hangat di Malaysia, dengan cara dan kaedah yang sangat terperinci. Kali ini juga GM13 membuat perancangan yang rapi termasuk angkatan TOLAK dan lain-lain.

MW merasakan tidak adil jika Adam Adli tidak diberikan ruang untuk menjadi calon,sedangkan Mahasiswa lebih mengenali dia berbanding si Bukhairy. MW juga dapat kesan, puak-puak Adam Adli dan GM13 ini sebenarnya tidak sebulu!!KENAPA??Apa perjuangan mereka yang sebenar?

Di mana WE ARE ALL ADAM ADLI 




ALLAH MERAHMATI MALAYSIA






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...