Khamis, Mac 21, 2013

DASAR TRANSFORMASI NEGARA BERJAYA @NAJIBRAZAK




Sejak mula dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2009, saya bertekad untuk meneruskan perjuangan pemimpin-pemimpin sebelum ini yang sentiasa komited untuk memastikan Malaysia terus cemerlang hari demi hari. Sebab itulah, saya telah perkenalkan gagasan 1Malaysia yang mengamalkan prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Untuk memastikan setiap apa yang dilakukan oleh Kerajaan membuahkan hasil dan dapat memberi manfaat kepada rakyat, saya telah perkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Kedua-dua program ini diperkenalkan pada 2010 serta 2011 dan ia diwujudkan bersama-sama Program Transformasi Politik dan Program Transformasi Sosial yang membentuk Dasar Transformasi Nasional. Kesemua insiatif tersebut diperkenalkan bertujuan bagi memastikan negara mencapai matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.




p/s :
Laporan tahunan GTP & ETP menunjukkan program-program transformasi politik & ekonomi di bawah PM @NajibRazak membawa hasil yang memberangsangkan.

TPM @MuhyiddinYassin pula percaya semua sasaran GTP & ETP mampu tercapai sebelum tahun 2020.
Sekiranya momentum ini dikekalkan, semua sasaran #GTP & #ETP akan dicapai sebelum tahun 2020.

BACA PENUH DI SINI, SINI DAN INI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...