Rabu, Mac 27, 2013

CHEGU BARD BAKAL DI SAMAN OLEH UMNO

HARAMKAN UMNO??

1. Kempen Solidariti Anak Muda Malaysia untuk mengharamkan UMNO dilihat sekadar usaha terdesak yang bersifat populis semata-mata bagi mengalihkan tumpuan rakyat terhadap  pelbagai isu membabitkan Pakatan Rakyat ketika ini.

2. Isu utama sudah tentulah berkait dengan dakwaan Anwar Ibrahim sebagai dalang di sebalik pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu. Semakin hari semakin banyak bukti didedahkan. Anwar, Tian Chua, Sivarasah dan SUARAM ialah antara nama yang dikaitkan berserta pelbagai bukti yang sukar disanggah oleh blogger Pakatan Rakyat sejak insiden ini mula meletus.

3. Selain itu, Pakatan Rakyat juga kelihatan terdesak kerana kemungkinan DAP akan diharamkan menjelang PRU 13 atas dakwaan penyelewengan undi dalam CEC yang diadakan baru-baru ini. Pendaftar Pertubuhan (ROS) dijangka akan memuktamadkan siasatan dalam masa terdekat sekaligus memberikan tekanan kepada parti tersebut.

4. Jika SAMM serius sangat, apa kata gegarkan dulu Pakatan Rakyat yang hingga kini masih belum ditubuhkan secara sah, atau lebih tepat PAKATAN HARAM.

5. SAMM juga perlu maklum bahawa terdapat ratusan NGO haram yang ditubuhkan semata-mata mahu menguatkan Pakatan Rakyat termasuk BERSIH yang diagung-agungkan oleh kaum PAS itu.

6. Dan paling wajib didedahkan ialah penyelewengan dalam pemilihan jawatan tertinggi PKR sendiri yang hingga ke hari ini masih belum diselesaikan. Chegu Bard sebagai Pengerusi SAMM yang dicalonkan bertanding jawatan Ketua AMK juga disingkirkan akibat penyelewengan yang berlaku di peringkat dalaman parti tersebut.

7. Jika SAMM ada pasukan blogger yang dibayar untuk kempen ini, kami ada ribuan blogger yang sedia menggempur Pakatan Rakyat dari bulu kaki sampai hujung rambut. Lawan tetap lawan!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...