Ahad, Mac 24, 2013

TANGAN ASING AKAN MEMBANTU @ANWARIBRAHIM - EPISOD DETAIL


EPISOD SEBELUM INI KLIK SINI

1. Mungkin ada antara kita yang telah menonton video bertajuk Tolak Tangan Asing yang kini begitu hangat di YouTube selain video terbaharu Anwar Ibrahim.

2. Video Tolak Tangan Asing ini mendedahkan peranan di peringkat global membabitkan pertubuhan-pertubuhan pro-Yahudi seperti National Endowment For Democracy (NED),International Republican Institute (IRI)George Soros Foundation dan Open Societyyang memobilisasikan gerakan revolusi di pelbagai negara seperti yang berlaku di Mesir dan Libya ketika ini.

George Soros, lelaki yang diketahui mempunyai hubungan baik
dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim

3. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa di sebalik gerakan-gerakan ini, terdapat dua buah kitab rujukan penting yang ditulis oleh pemikir dan perancang strategi bernama Gene Sharp. Lelaki ini bertanggungjawab menginspirasikan gerakan-gerakan revolusi di seluruh dunia sehingga berjaya menumbangkan beberapa buah kerajaan termasuk di Thailand.

4. Malah, gerakan ini turut berlaku di Malaysia melalui NGO Bersih yang dipengerusikan bersama oleh Ambiga, Hishamuddin Rais dan A. Samad Said. Di peringkat mahasiswa juga turut berlaku melalui gerakan Occupy yang diketuai oleh aktivis Fahmi Reza.

Gene Sharp

5. NED yang didanai oleh penyangak mata wang antarabangsa, George Soros turut mendanai beberapa buah pertubuhan lain di Malaysia seperti SUARAM dan Institut Kajian Dasar (IKD)yang diketahui pro-Pakatan Rakyat. Malah, dana NED juga diterima secara langsung oleh agensi berita bebas The Nuth Gruph dan sebuah kumpulan yang banyak menghasilkan video-video pendek berkenaan demokrasi dan revolusi di Malaysia iaitu KOMAS.

6. Melalui dua buah buku yang dianggap sebagai Bible oleh pejuang-pejuang revolusi di seluruh dunia ini, Gene Sharp mengajar pelbagai kaedah untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan tanpa melalui kekerasan. Misalnya dalam buku  Gene Sharp's198 Methods Of Nonviolent Action, Gene menerangkan kaedah-kaedah menggerakkan revolusi secara aman manakala dalam buku From Dictatorship to Democracy pula Gene berkongsi strategi menggulingkan sesebuah kerajaan yang zalim dan diktator dengan kuasa rakyat.

Salah satu Bible bagi pejuang-pejuang
revolusi seluruh dunia.

7. Malangnya, karya-karya beliau ini dilihat telah menggangu kestabilan dunia dan mencetuskan lebih banyak masalah. Di Mesir misalnya, hingga ke hari ini keadaan belum pulih. Begitu juga di Libya dan Syria. Akibat terlalu banyak menggunakan kuasa rakyat, akhirnya yang berkuasa bukan lagi kerajaan tetapi rakyat itu sendiri. Rasa tidak puas hati sentiasa ada dan ia akan dibawa ke jalanan setiap kali berlaku apa-apa masalah.

8. Adakah kita mahu perkara ini berlaku di Malaysia?



Muat turun buku From Dictatorship to Democracy?

Klik SINI untuk versi Bahasa Indonesia.
Klik SINI untuk versi Bahasa Inggeris.

Ketahui juga The Color Revolutions dan kaitannya dengan BERSIH di SINI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...