MONDAY, 25 MARCH 2013
PERUTUSAN KHAS SEMPENA HARI POLIS DARIPADA RAKYAT BIASA
1. Selamat Hari Polis. Tiga perkataan ini kelihatan mudah untuk diucapkan. Tetapi sejauh mana kita memaknakan setiap perkataan tersebut?
2. Sudah 206 tahun Polis ditubuhkan dan berkhidmat kepada rakyat negara ini. Sudah banyak pahit getir dilalui pasukan Polis hanya kerana mahu menjaga keselamatan kita semua. Dari ancaman komunis hingga ke ancaman kumpulan-kumpulan penjenayah, pasukan Polis terus gah dan megah menjadi benteng hadapan keselamatan negara ini.
3. Hari ini, pasukan Polis kita mendepani satu lagi cabaran amat getir iaitu membendung ancaman pengganas Kiram III yang cuba menceroboh Lahad Datu, Sabah dan berusaha merampas Negeri Di Bawah Bayu itu. Sudah ramai yang cedera dan terkorban tetapi malangnya, masih ada pihak yang menuduh insiden ini sebagai sandiwara semata-mata.
4. Kita juga tentu tidak lupa bagaimana anggota Polis kita diperlakukan seperti anjing oleh perusuh-perusuh Bersih 3.0 dalam insiden Rusuhan 28 April 2012 di Kuala Lumpur. Peristiwa kereta polis dibaling batu, dipijak-pijak sebelum terbabas dan kemudiannya anggota polis di dalam kereta itu dibelasah hingga cedera parah pula, akan kekal sebagai satu set dokumen dalam memori kita ini selama-lamanya.
5. Kita juga tidak lupa bagaimana anggota Polis kita digelar dengan pelbagai gelaran yang amat keji dan hina oleh pihak pembangkang. Antaranya "Polis Anjing UMNO," "Polis Barua UMNO," "Polis Tali Barut UMNO," dan bermacam-macam lagi cerca nista dilemparkan hanya kerana pasukan Polis kita cuba menyekat kebiadapan mereka dalam demonstrasi demi demonstrasi haram yang diadakan selama ini.
6. Inilah tugas Polis. Dihina bila tidak disukai, tetapi dicari bila diperlukan. Nak harapkan pujian daripada pihak-pihak ni, jangan mimpilah. Setiap masa kalau boleh mereka nak cari kesalahan Polis.
7. Kia lupa bahawa Polis juga ada keluarga,anak-anak.Apa perasaan mereka?Cuba berada di dalam kasut mereka sekejap.Mereka juga punyai maruah,perasaan dan hak.
8. Di kesempatan ini, NMW ingin mengucapakan Selamat Menyambut Hari Polis Yang Ke-206. Semoga para anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sentiasa teguh dan setia berkhidmat kepada agama, bangsa dan tanah air tercinta ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan