Rabu, Mac 13, 2013

POLIS, TENTERA MULA TERIMA UPAH JADI BARUA UMNO MENJELANG PRU13???






1. Nampaknya, pihak pembangkang dah cemburu dengan pengumuman 9 Perkara oleh DS Najib Tun Razak kepada penjawat awam kelmarin. 

2. Paling kelakar, ada cakap-cakap mengatakan Najib mula bagi upah terakhir kepada anjing-anjing baruanya di atas kejayaan ‘membantu’ UMNO dan Barisan Nasional selama ini dalam pelbagai isu khususnya membabitkan parti-parti pembangkang.

3. Dalam pada itu, Rafizi Ramli yang selalu tewas dalam perdebatan, menganggap Najib sudah kehabisan mandat untuk membuat sebarang janji atau menabur gula-gula politik. SB fikir dia ini ada masalah besar dalam memahami maksud mandat

4. Apa pun kritikan atau cercaan yang dilemparkan, lantaklah. Pembangkang selamanya akan membangkang setiap usaha baik yang dilakukan oleh kerajaan

5. SB percaya, usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri ini bertujuan memperkasakan sektor awam dan mengukuhkan pasukan-pasukan keselamatan negara baik PDRM mahupun Angkatan Tentera Malaysia

6. Jangan tanya pembangkang kerana mereka tetap akan menafikan kebenaran kerana ia adalah sifat semula jadi yang sememangnya telah wujud dalam diri mereka sendiri, sebaliknya bertanyalah kepada anggota keselamatan yang bertugas menjaga keamanan dan keselamatan negara kita ini.

7. Melalui skim penyetaraan yang diumumkan itu, anggota polis dan tentera bakal menikmati penyelarasan gaji yang lebih baik sekaligus membantu meningkatkan motivasi mereka untuk berkhidmat kepada negara. Bukankah usaha ini sesuatu yang positif?

8. Kita mahu lihat pasukan-pasukan keselamatan negara kita ini sentiasa berada pada tahap terbaik kerana merekalah yang menjadi benteng hadapan negara dan harapan kepada rakyat jika berlaku sebarang konflik seperti di Lahad Datu ketika ini. Justeru sokonglah usaha kerajaan membela kehidupan mereka ini.

Sumber: gerakan13.blogspot.com

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...