Khamis, Mac 14, 2013

FORMULA "HARLEM SHAKE" KE PUTRAJAYA




ANALISA FORMULA

1. 100 - maknanya 100 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia yang dijangka di menangi oleh Pakatan Rakyat. Dengan mengambil kira Pakatan Rakyat dapat mengekalkan 78 kerusi Parlimen yang di menangi didalam PRU 12 dan mereka yakin boleh menangi 28 kerusi tambahan baru untuk PRU13. Kerusi tambahan ini (28 kerusi) adalah diyakini akan dapat dimenangi dari kerusi-kerusi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Majoriti kerusi-kerusi ini adalah dari kawasan-kawasan Bandar yang pastinya DAP sebagai penyumbangnya. DAP yakin mereka boleh menang di semua kerusi Parlimen majoriti Cina. Satu kenyakinan yang hebat Pakatan Rakyat ialah untuk merampas 12 kerusi Parlimen di Johor. Tahap kenyakinan mereka untuk mendapatkan 100 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia adalah tinggi.

2. (1+1) -  maknanya 100 kerusi yang mereka yakin untuk menang (daripada 78 kerusi(sedia ada) dicampurkan dengan 22 kerusi (kerusi baru yang boleh menang)), dengan mengunakan strategi di perkara 1 di atas, Pakatan Rakyat juga mengunakan strategi 1 + 1, iaitu semua pemimpin besar Pakatan Rakyat meninggalkan kawasan Parlimen yang mereka pasti menang dengan mengantikan pemimpin muda Pakatan Rakyat dan pemimpin besar tersebut bertanding di kawasan-kawasan baru yang merupakan kawasan Parlimen yang dimenangi oleh BN pada PRU12 dan mencabar calon-calon BN. Yang menarik lagi dalam strategi ini ialah pemimpin besar Pakatan Rakyat akan bertanding di kawasan-kawasan pemimpin besar BN. Ini adalah strategi "kamikaze" Pakatan Rakyat kerana bagi mereka PRU 13 adalah soal hidup atau mati peluang untuk ke Putrajaya. Pemimpin besar Pakatan Rakyat juga akan bertanding di kawasan-kawasan yang BN menang dengan majoriti kecil semasa PRU12, kata mereka peluang untuk pemimpin besar Pakatan Rakyat untuk menang adalah cerah. Jadi formula 1+1 maknanya kerusi yang mereka tinggal akan terus kekal untuk menang dan tempat baru yang mereka bertanding akan juga mereka menang dan ini merupakan tambahan kerusi kepada Pakatan Rakyat.

3. 30% - maknanya formula terjahan yang menjadi penentu kepada Pakatan Rakyat ke Putrajaya ialah kerusi-kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak. Di Sabah dan Sarawak jumlah kerusi Parlimen ialah 56 kerusi (Sarawak 36 kerusi dan Sabah 20 kerusi). Strategi Pakatan Rakyat ialah mereka memerlukan 30% kerusi-kerusi di Sabah dan Serawak. Maknanya Pakatan perlu 17 kerusi (30%)di Sabah dan Sarawak (Sarawak 11 kerusi dan Sabah 6 kerusi) dan dengan itu jumlah kerusi Pakatan di PRU 13 ialah 117 kerusi, sudah pastinya Pakatan Rakyat boleh memerintah dengan simple majoriti (111). Oleh itu strategi 30% adalah cukup memadai untuk menyatakan kenyakinan pengaruh Pakatan Rakyat di Sabah dan Sarawak.

4. Analisa keseluruhan Formula 100(1+1) + 30% = Putrajaya
Bagi mereka  formula ini amat relevan dan tepat . Formula ini lahir daripada analisa kenyataan-kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat ke atas "tahap keyakinan" mereka yang tinggi dalam menyatakan hasrat mereka ke Putrajaya. Mereka menyatakan suasana tahap "kenyakinan sosial" dan tahap "kenyakinan Politik" para pengundi adalah tinggi kepada mereka. Walaupun mereka berada dilema dalam tahap "kenyakinan Ekonomi". Benarkah formula ini adalah formula strategi Pakatan Rakyat, kita hanya perlu menunggu detiknya sedikit masa lagi. Benarkah Pakatan Rakyat akan mengunakan formula strategi ini dalam peperangan psikologikal dengan BN? Sudah pasti ada kebenarannya dan meraka sudah memulakan di Johor. 

analisa :www.sembangpakzad.blogspot.comalisa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...