Jumaat, Mac 22, 2013

TANDA PUTERA DI UIAM KUANTAN BERJALAN LANCAR

Desas-desus yang dimainkan oleh Malaysiakini dan WUFI (We Unite For Islam) ke atas penayangan filem Tanda Putera akhirnya tamat apabila pihak UIAM Kuantan menjayakannya semalam.

Kehadiran yang amat memberangsangkan dengan jumlah 600 pelajar yang hadir menonton tanyangan filem sejarah patriotik itu menunjukkan penerimaan mahasiswa-mahasiswi UIAM begitu baik sekali.

NMW hairan dengan WUFI yang memainkan persepsi serta menjadikan penayangan filem ini sebagai satu isu.Adakah mereka risau dakyah mereka yang memesongkan mahasiswa untuk tidak menyokong kerajaan akan terkesan kepada mahasiswa?

Pesan NMW kepada adik-adik WUFI, jangan calarkan adik-adik mahasiswa dengan dakyah buruk anda melalui doktrinisasi anda yang dibayangi oleh PAS itu kepada mereka.Cuba belajar untuk berterima kasih dan bersyukur.

P/s : selalu terdengar ada segelintir mahasiswa UIAM (tidak semua) yang selalu kurang ajar dan tiada adab dengan orang luar mahupun pentadbiran UIAM.Adakah bila tinggi ilmu agama anda,maka anda boleh bersikap sebegitu dan mendongan ke langit?HORMAT ORANG TUA WALAUPUN MUNGKIN MEREKA TIDAK SE"USTAZ" DAN SE"USTAZAH" ANDA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...