Sabtu, April 06, 2013

STRATEGI "TEST MARKET" PAKATAN RAKYAT

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, Baginda SAW menasihati sahabatnya 'Abd ar-Rahman bin Samurah : "Wahai Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin, sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan, maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau akan dibantu ". 

Semoga para pemimpin Parti-parti Politik yang berhasrat untuk menjadi calon ataupun sedang berlobi untuk menjadi calon, renung-renungkan kata-kata diatas. Walaupun kita tahu persoalan calon adalah sangat-sangat sensitif yang sukar untuk di selesaikan hanya yang berlaku ialah bagaimana pemimpin parti samada BN atau PR "berkompromi" dalam parti untuk seketika supaya pilihan dibuat untuk pastikan calon di kemukan semasa hari penamaan calon. Berapa ramai calon seperti garis panduan  yang di riwatkan oleh al-Bukhari dan Muslim diatas termampu dijadikan garis panduan oleh parti-parti Politik di Malaysia. Ini lah persoalannya? Apakah Anwar Ibrahim, Ustaz Hadi, Guan Eng dan Lim Kit Siang dan Pakatan Rakyat yang lebih awal mengumumkan calon PRU 13 merupakan calon-calon yang sesuai untuk PRU 13? Sekiranya di ukur dari formula 100(1+1) + 30% = Putrajaya yang di ramalkan sebagai strategi PR dalam mengaturkan calon utama PR untuk bertanding nampak jelas sudah ada realitinya.

Terdapat 18 calon pemimpin besar PR yang telah diumumkan bertanding di kawasan-kawasan yang berpontensi untuk memberi kemenangan kepada PR mengikut kajian para strategist PR dan ia amat bertepatan dengan formula strategi 100(1+1)+30% = Putrajaya. Antara pemimpin besar PR tersebut ialah Lim Kit Siang (Gelang Patah), Saifuddin Nasution Ismail (Kulim-Bandar Baharu), Nasruddin Hassan (Temerloh), Salahuddin Ayub (Pulai), Dr Mohd Nor Manutty (Bagan Serai), Rafizi Ramli (Pandan), Shamsul Iskandar Md Akin ( Bukit Katil), Baru Bian (Limbang), Fauzi Abd Rahman ( Indera Mahkota), Dr Mansor Othman(Nibung Tebal), Dr Abdul Aziz Bari (Sabak Bernam) dan Haron Din ( Arau). Kesemua calon-calon PR ini adalah nama besar PR yang akan bertanding di tempat-tempat baru ataupun di tempat lama yang pernah mereka tewas tapi kali ini dengan misi untuk menang. Strategi PR pada kali ini adalah mengumumkan nama-nama calon lebih awal telah mendahului BN dalam strategi test market calon-calon mereka.Strategi test market yang PR laksanakan mempunyai kesan yang agak positif kepada PR bagi mendapatkan maklumat awal penerimaan para pengundi kawasan yang calon akan bertanding yang kemudiannya di nilai kembali oleh para strategist PR samada calon tersebut sesuai ataupun tidak. Buktinya yang jelas mengenai "test market " DSAI yang diumumkan akan bertanding di Parlimen Perak dan dalam beberapa minggu beliau telah mendapat maklumat balas dari pengundi yang mungkin agak tidak menyebelahi DSAI dan diberitakan semasa ceramah beliau di Grik beliau telah mengumumkan akan bertanding kekal di Permatang Pauh Pulau Pinang ( ini sudah terbukti ).

Strategi "test market" ini juga memberi satu ruang yang terbuka kepada para strategist PR untuk melihat darjah "anti - keputusan" dan darjah "sabotaj" dalam jentera di Ranting -ranting / Bahagian-bahagian PR di kawasan Parlimen dan DUN yang mungkin tidak setuju dengan keputusan pemimpin tertinggi PR yang meletakkan calon-calon tersebut di kawasan mereka. Ini mungkin adalah alasan utama mengapa PR telah mengumumkan calon-calon lebih awal. Yang jelas PR tidak mahu isu pemilihan calon menjadi isu semasa hari penamaan calon, semasa berkempen dan semasa pengundian nanti. Mereka mahu selesaikan isu-isu calon diselesaikan lebih awal dan seterusnya tumpuan di berikan kepada strategi untuk menangkan calon.Mengikut Tengku Adnan Mansor (Setiausaha Agong UMNO) -"the list of BN candidates for the impending General Election will be announced a week before nomination day" ( NST 4/4/2013). Katanya lagi " Those who selected would know for certain whether they would be contesting between seven and 10 days before the date" (NST 4/4/2013). Malah Tengku Adnan juga menyatakan juga - "the selection of in the final stages where BN was vetting through the candidates with the police, SPRM and financial institutions" ( NST 4/4/2013). Ini menunjukan strategi BN adalah berbeza dgn PR kerana BN mahukan calonnya di "bersihkan" dulu dan hanya mahukan calon-calon yang benar-benar "bersih" untuk menjadi calon BN di Parlimen dan DUN . Ini maknanya BN amat yakin formula "bersih " dan "winable" candidates, dengan sendiri Bahagian-bahagian BN akan menyokong dan akur kepada keputusan kepimpinan BN.

Pastinya BN amat yakin tidak akan berlaku darjah "anti-keputusan" dan darjah " sabotaj" seperti tangapan strategi PR.Sebagai renungan, diriwatkan daripada Humaidi katanya : "Setelah Umar bin Abdul Aziz di tabalkan menjadi khalifah beliau pun menangis seraya berkata :"Wahai Qilabah! Adakah kamu tidak berasa bimbang mengenai diriku? Qilabah lalu bertanya :Apakah perasaan cinta dan keinginan tuan terhadap wang? Jawabnya :Aku langsung tidak menyukainya. Kata Qilabah : Oleh itu, tuan tak perlu berasa bimbang dan takut. Sesungguhnya Allah akan sentiasa memberi pertolongan kepada tuan".

www.sembangpakzad.blogspot.com

ALLAH MERAHMATI MALAYSIA

1 ulasan:

  1. startegi masing2, rasanya xdak masalah kot nk wt strategi pa pon. simple. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...